Pengikut

Rabu, 26 Januari 2011

Kata Panggilan 'Hoi'

Pada hari ini, saya dan rakan-rakan yang lain bercadang untuk membeli makanan di Nasi Kandar. Kami duduk di meja makan selepas membuat pesanan makanan. Saya melihat beberapa orang pelajar duduk di hadapan meja makan kami. Saya mendapati mereka menonton berita. Pada ketika itu, seorang pekerja Nasi Kandar  secara tidak sengaja mengubah saluran berita kepada saluran Discovery. Akibatnya, kumpulan pelajar tersebut marah dan menyuruh pekerja tersebut supaya menukarkannya semula kepada saluran berita dengan suara yang tinggi. Mereka memanggil pekerja Nasi Kandar itu dengan panggilan ‘Hoi’. Berikut adalah situasi yang berlaku pada hari tersebut:
Kumpulan pelajar: hoi….hoi…hoi…hoi..berita..berita….berita ( suara yang tinggi)
Pekerja Nasi Kandar: Apa?... Berita…Ok
Setelah pekerja tersebut menukarkan semula kepada saluran berita.
Kumpulan pelajar: Haa, baru betul.

Dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa panggilan hormat yang digunakan dalam pertuturan seharian. Panggilan seperti ‘Hoi’ perlu dielakkan dalam pertuturan kita. Kita perlu menghormati semua orang.  Panggilan ‘Hoi’ boleh digantikan dengan panggilan ‘Encik’. Pertuturan akan menggambarkan peribadi seseorang. Saya berharap semua pembaca akan mengambil iktibar daripada peristiwa ini.


Isnin, 24 Januari 2011

Sikap Cuai Perlu Dielakkan

Minggu Kedua
Situasi Pertama :17/1/2011
Pada pukul 8.00 malam saya berasa sangat lapar. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk membeli makanan di restoran yang berdekatan dengan kolej. Pada masa yang sama saya perlu menghantar beberapa nota kepada rakan saya tinggal di  Arkid iaitu rumah sewa di hadapan kolej Harun Aminurrashid. Oleh itu, saya bercadang untuk menghantar nota kepada rakan saya selepas membeli makanan. Saya membawa beberapa buku yang tebal. Akibatnya , tangan saya dipenuhi dengan buku dan bungkusan makanan. Sewaktu saya berjalan menuju ke rumah rakan, tiba-tiba seorang pemuda menolak saya hingga jatuh secara tidak sengaja. Namun begitu, lelaki itu hanya mengucapkan “maaf tersilap” dan terus beredar dari tempat kejadian tetapi  dia tidak menolong saya untuk memunggut semula buku dan bungkusan makanan yang terjatuh.
Kritikan
 Walaupun pemuda tersebut tidak sengaja tetapi dia seharusnya menolong saya untuk memunggut semula buku tersebut. Kita perlu meminta maaf dengan ikhlas apabila melakukan kesalahan. Sikap pemuda yang tidak bertanggungjawab seperti itu boleh menyinggung perasaan seseorang. Sikap cuai seperti itu juga perlu dielakkan dalam kehidupan seharian.

Selasa, 18 Januari 2011

Penjual Tiket Bas Tidak Prihatin

Situasi kelima: Tarikh: 15/1/2011
Pada hari ini, saya bercadang untuk pulang ke kolej setelah bercuti di kampung selama dua hari.  Oleh itu, saya berhasrat untuk membeli tiket pada pukul 1.30 petang. Saya menuju ke kaunter tiket di stesen bas Ipoh. Saya tidak membawa duit kecil untuk membeli tiket. Lelaki yang berada di kaunter menjual tiket tersebut memarahi saya dengan mengatakan “awak ini pelajarkan , awak tidak tahu  untuk tukar duit semasa beli tiket, kenapa menyusahkan kami orang?”..pergi tukar dulu” marah penjual tersebut dengan suara yang tinggi. Saya berasa kecewa dengan layanan penjual tiket itu. Dia tidak  cuba untuk memahami situasi saya sebelum memarahi.

Kritikan
Penjual tiket haruslah menghormati pembeli-pembeli tiket bas. Sesuatu teguran perlu diselitkan dengan nilai kesopanan. Dia tidak harus memarahi pembeli tiket sebaliknya memberi teguran secara sopan. Dia juga perlu memahami situasi pembeli tiket yang tidak membawa duit kecil kerana setiap orang ada masalah mereka sendiri.

Pelatih Kurang Peramah

Situasi Empat: Tarikh : 15/1/2011
Pada hari ini, saya telah pergi untuk mengikuti latihan menunggang motosikal. Di sana, saya memerhatikan beberapa orang sedang berlatih untuk menunggang motosikal. Sewaktu itu, seorang cikgu yang mengajar untuk menunggang motosikal menjerit kepada seorang gadis yang sedang berlatih untuk merentas papan 7 meter. Gadis tersebut terjatuh daripada papan itu ketika merentasnya. Cikgu itu memarahi gadis itu sehingga   dia menanggis. Gadis tersebut berasa malu apabila dia dimarahi di khalayak ramai.

Kritikan
Tugas seorang cikgu adalah untuk mengajar dan membimbing seseorang untuk menunggang motosikal dengan baik sehingga mendapat lesen. Cikgu tersebut tidak harus memarahi gadis itu dengan kata-kata yang kesat yang sehingga menyebabkan gadis tersebut menanggis. Cikgu itu seharusnya menegur gadis tersebut secara peribadi dengan menggunakan kata-kata yang sopan. Perbuatan memarahi seseorang secara terbuka akan memburukkan lagi situasi. Saya berharap cikgu-cikgu yang mengajar untuk memandu akan bersikap peramah apabila membimbing pelajarnya.


PelangganTidak Dihormati


Situasi Tiga: Tarikh: 12/ 1/2011
Saya bersama-sama dengan rakan saya pergi ke Pekan untuk membeli pakaian. Sewaktu berjalan di Pekan kami terjumpa sebuah kedai Emas. Kawan saya membuat keputusan untuk mencuci cincin emasnya di kedai tersebut. Dia bertanya kepada wanita tersebut harga untuk mencuci cincin emasnya. Wanita tersebut memarahi rakan saya dengan mengatakan bahawa harga emas sudah naik  dan tidak boleh mencuci cincin seperti itu dengan suara yang tinggi. Kami berasa begitu malu dengan perbuatan wanita tersebut. Kami berasa malu kerana terdapat ramai orang awam di situ.
Kritikan

Wanita tersebut sepatutnya melayan pelanggan dengan sopan. Kemajuan perniagaannya amat berkait rapat dengan layanan terhadap pelanggan. Wanita tersebut seharusnya menolak permintaan rakan saya dengan baik. Sesungguhnya, budi bahasa mencerminkan diri seseorang. Wanita tersebut perlu mengamalkan nilai kesopanan dalam pertuturannya. Saya berharap wanita tersebut mengubah sikapnya terhadap pelanggan.

Pemandu Bas yang tidak berhemah


Situasi Kedua: Tarikh: 11/1/2011
Pada hari ini, selepas kelas tamat, saya bercadang untuk pulang ke kolej. Saya menunggu rakan-rakan saya di perhentian bas. Pada ketika itu, saya melihat seorang pemandu bas kolej memandu secara berbahaya. Pemandu tersebut memandu dengan mengabaikan keselamatan pelajar.  Dia menggerakkan bas ketika pelajar-pelajar sedang menaikinya. Ada beberapa pelajar yang hampir jatuh akibat perbuatan pemandu tersebut.  Saya mendapati pemandu itu seorang yang tidak mampu mengawal emosinya. Oleh itu, dia cuba menunjukkan tingkah lakunya terhadap orang lain. Sesungguhnya, perbuatan seperti ini bukan saja akan membahayakan dirinya tetapi orang yang berada di sekelilingnya.

Kritikan
Pemandu tersebut perlu mengelakkan kelakuan yang berbahaya yang  boleh mengancam nyawa pelajar. Dia harus pandai mengawal emosinya. Dia juga harus menikmati pekerjaannya agar fikirannya sentiasa tenang. Tambahan pula, pekerjaan ini yang memberi rezeki untuk menyara kehidupannya. Oleh itu, pemandu tersebut perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menjadi insan yang tenang dan gembira. Hasilnya, dia akan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pekerjaannya.

Isnin, 17 Januari 2011

Bertelingkah untuk menonton rancangan kegemaran

Minggu Pertama
Situasi pertama: Tarikh :9/1/2011

Pada hari Ahad yang lalu, pelajar lelaki dan pelajar wanita saling bertelingkahan di restoran yang berdekatan dengan kolej kita. Mereka saling bertelingkah untuk menonton rancangan kegemaran masing-masing. Pelajar lelaki ingin menonton bola sepak manakala pelajar wanita ingin menonton rancangan juara lagu. Akibat daripada pertelingkahan ini, keadaan restoran tersebut menjadi riuh rendah. Perkara ini juga menarik perhatian orang awam yang berada di restoran tersebut.

Kritikan
 Sepatutnya pelajar-pelajar perlu mengelakkan situasi seperti ini. Pelajar-pelajar seharusnya menyelesaikan masalah ini melalui perbincangan. Perbuatan seperti bertelingkah di tempat awam boleh menjatuhkan martabat pelajar kita sendiri selain nama universiti dan kolej. Oleh itu, sesuatu perkara perlu ditangani melalui perbincangan yang harmoni.