Pengikut

Rabu, 26 Januari 2011

Kata Panggilan 'Hoi'

Pada hari ini, saya dan rakan-rakan yang lain bercadang untuk membeli makanan di Nasi Kandar. Kami duduk di meja makan selepas membuat pesanan makanan. Saya melihat beberapa orang pelajar duduk di hadapan meja makan kami. Saya mendapati mereka menonton berita. Pada ketika itu, seorang pekerja Nasi Kandar  secara tidak sengaja mengubah saluran berita kepada saluran Discovery. Akibatnya, kumpulan pelajar tersebut marah dan menyuruh pekerja tersebut supaya menukarkannya semula kepada saluran berita dengan suara yang tinggi. Mereka memanggil pekerja Nasi Kandar itu dengan panggilan ‘Hoi’. Berikut adalah situasi yang berlaku pada hari tersebut:
Kumpulan pelajar: hoi….hoi…hoi…hoi..berita..berita….berita ( suara yang tinggi)
Pekerja Nasi Kandar: Apa?... Berita…Ok
Setelah pekerja tersebut menukarkan semula kepada saluran berita.
Kumpulan pelajar: Haa, baru betul.

Dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa panggilan hormat yang digunakan dalam pertuturan seharian. Panggilan seperti ‘Hoi’ perlu dielakkan dalam pertuturan kita. Kita perlu menghormati semua orang.  Panggilan ‘Hoi’ boleh digantikan dengan panggilan ‘Encik’. Pertuturan akan menggambarkan peribadi seseorang. Saya berharap semua pembaca akan mengambil iktibar daripada peristiwa ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan