Pengikut

Ahad, 6 Februari 2011

Penggunaan Bahasa Rojak dan Perkataan I dan You

 Hari ini, saya bercadang untuk pulang ke kampung pada pukul 7.00 petang. Oleh itu, selepas kelas tamat pada pukul 6.20 petang, saya pun berjalan menerusi pintu selatan UPSI ke stesen bas Tanjung Malim. Setelah sampai di stesen bas, saya pun membeli tiket bas. Kemudian, saya menunggu untuk bas sambil memerhati gelagat orang awam yang berada di sekitar stesen bas itu. Saya melihat beberapa orang pelajar perempuan sedang berbual dengan seorang wanita dalam Bahasa Melayu. Terdapat juga pelajar yang menggunakan bahasa rojak ketika berbual dengan wanita tersebut. Gaya wanita tersebut adalah seperti seorang guru. Sememangnya, wanita itu ialah seorang guru kerana pelajar-pelajar  itu menggunakan panggilan Cikgu. Pelajar-pelajar tersebut menggunakan kata-kata seperti You dan I ketika berbual dengan guru tersebut. Sesungguhnya, bahasa rojak perlu dielakkan dalam pertuturan seharian agar keaslian Bahasa Melayu tidak dicemarkan. Selain itu, penggunaan kata-kata seperti You dan I dengan orang dewasa juga perlu dielakkan. Penggunaan perkataan You dan I kurang sopan apabila berinteraksi dengan orang yang lebih tua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan