Pengikut

Ahad, 6 Februari 2011

Budi Bahasa Penting dalam Kehidupan Seharian

Pada hari ini, saya ingin membeli hadiah untuk rakan saya yang akan menyambut hari jadinya pada tarikh 7/ 2/2011. Sewaktu  saya sedang melihat hadiah-hadiah di sekitar kedai tersebut. Ada seorang gadis melanggar saya. Pada mulanya, saya tidak menghiraukan perbuatannya. Namun begitu, gadis itu melanggar saya setiap kali di menerusi jalan yang sempit itu. Sepatutnya, gadis itu perlu minta izin daripada saya untuk menerusi jalan yang sempit itu. Selain itu, dia juga tidak memohon maaf setelah melanggar saya. Saya berasa kecewa dengan sikap gadis tersebut sebab dia tidak menghormati orang yang berada di sekitarnya. Kita harus berbudi bahasa dalam kehidupan seharian. Kita juga perlu memohon maaf sekiranya melanggar seseorang secara tidak sengaja. Perbuatan seseorang akan mencerminkan budi bahasa yang dimilikinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan