Pengikut

Rabu, 16 Februari 2011


Penggunaan Kata Panggilan Berdasarkan Pangkat
Saya teringatkan seorang pensyarah yang dulu memarahi pelajar yang tidak pandai menggunakan kata panggilan berdasarkan pangkat seseorang. Namun begitu, saya berasa pelajar tidak bersalah dalam hal ini walaupun pelajar seharusnya mengetahui pangkat seseorang sebelum menggunakan kata panggilan. Bagaimana pula jika kita baru mengenali seseorang di tempat awam? Mungkin pelajar sendiri tidak tahu pangkatnya. Disini  persepsi luaran yang memainkan peranan penting bagi mempamerkan pangkatnya. Jika seseorang yang berpangkat tinggi tetapi berpakaian selekeh bermakna dia tidak mempamerkan pangkatnya. Oleh itu, kita tidak boleh menyalahkan pelajar sahaja dalam hal ini. Aspek luaran perlu diutamakan oleh semua pihak yang berpangkat tinggi sebab aspek ini diperhatikan terlebih dahulu ketika baru mengenali seseorang. Secara tuntasnya, saya berharap semua pihak yang berpangkat tinggi perlu menjaga cara pemakaiannya dan aspek-aspek luaran yang lain agar pelajar ataupun pihak lain tidak membuat persepsi yang kurang tepat. Bagi pelajar-pelajar pula, lebih baik menggunakan kata panggilan Encik ketika baru mengenali seseorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan