Pengikut

Rabu, 23 Februari 2011

Hukum D-M

Situasi ini berlaku dalam perbualan telefon.
Lin      : Hi, apa khabar Shan?
Shan    : Baik.
Lin      :Lama kita tak berbualkan…
Shan    :Yalah. Kenapa tiba-tiba awak telefon saya? Ada apa-apa urusan?
Lin      :Tak adalah. Saya Cuma hendak bertanya sama ada goreng pisang betul ataupun pisang goreng betul
  .         Hari ini saya ternampak sebuah papan tanda yang tertulis goreng pisang. Mana satu yang betul?
Shan    :Sebenarnya, pisang goreng yang betul kerana menepati hukum DM, iaitu perkara yang diterang terlebih dahulu sebelum perkara yang menerang.  Ada juga perkataan yang terkecuali daripada hukum ini seperti perkataan Perdana Menteri.
Lin      : Oh..begitu. Terima kasih Shan.

 Situasi ini memberi gambaran bahawa masyarakat masih belum terdedah kepada hukum-hukum dalam bahasa Melayu. Masyarakat perlu memberi perhatian terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam tujuan membuat papan tanda. Papan tanda akan membawa pengajaran  bahasa yang salah dalam kalangan masyarakat. Sebagaimana dalam situasi ini mungkin ramai di luar sana yang beranggapan bahawa  frasa goreng pisang yang betul. Oleh itu, para mahasiswa turut berperanan dalam mengatasi masalah ini. Pendedahan secara tidak langsung kepada masyarakat boleh dilakukan melalui penulisan ilmiah, surat khabar dan pelaksanaan kempen-kempen bahasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan