Pengikut

Rabu, 2 Mac 2011

Data Korpus atau Buku RujukanTatabahasa


Hari ini saya bersama dengan ahli kumpulan yang lain berbincang untuk pembentangan semantik. Tajuk perbincangan kami adalah penggunaan kata hubung gabungan ‘dan’ dan ‘tetapi’ di awal ayat. Berikut adalah situasi perbualan kami:
Lina     :Mengapa kita tidak boleh menggunakan kata hubung dan dan tetapi di awal ayat?
Tina     :Sebab kita perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh tatabahasa. Menurut  tatabahasa, kata hubung hanya boleh digunakan sebagai penghubung kata, frasa ataupun   ayat.
Fakri   :Sebenarnya, tak salah menggunakan kata hubung ini di awal ayat. Jika kita melihat ramai yang menggunakannya di awal ayat.
Hani :Ya, betul jika kita melihat data korpus, ramai penutur asli menggunakan kata hubung dan      dan tetapi di awal ayat
Lina : Mana satu yang betul? Data korpus atau tatabahasa?
Fakri :Kita perlu mengakui bahawa bahasa adalah anugerah Tuhan. Penutur asli bahasa Melayu   tidak sewenang-wenang menuturkan sesuatu bahasa. Kita perlu mengakui bahawa penutur asli mempunyai keupayaan berbahasa sendiri.
Hani  :Kalau macam itu, kita tidak boleh mengubah mereka yang menggunakan kata hubung dan       dan tetapi di awal ayat.
Lina :Ya, betul.
Hani :Kita perlulah mengkaji balik tatabahasa dan data korpus agar mendapat satu penyelesaian.
Lina :Saya pun berasa begitu.
Fakri: Baiklah, kita buat sekarang slaid  yang perlu dibentangkan esok.
            Berdasarkan situasi di atas, kita menghadapai masalah penggunaan kata hubung  gabungan dan dan tetapi di dalam ayat. Saya berasa penggunaan data korpus itu lagi penting untuk mengkaji semula fungsi kata hubung gabungan dan dan tetapi. Sebenarnya, ramai penutur asli menggunakan kata hubung ini di awal ayat. Kita tidak boleh menyalahkan bahawa penutur asli ini salah menggunakan kata hubung gabungan kerana mereka mempunyai keupayaan berbahasa sendiri.Oleh itu, kajian selanjutnya perlu dilakukan untuk merumus semula fungsi kata hubung gabungan. Kajian ini perlu melihat penggunaan kata hubung ini melebihi batas ayat iaitu wacana ataupun dalam konteks.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan